28 April 2009

Kembara Umrah : Menjejak Sejarah di Lantai Sirah...

Alhamdulillah, sungguh kembara umrah yang kami lalui bermula 11 April hingga 25 April 2009 yang lalu benar-benar memahat pelbagai kenangan suka dan duka.

Mengutip iktibar di halaman nubuwwah, kadang-kadang mengundang kesayuan dan keharuan. Betapa besar pengorbanan Rasulullah dan para sahabat. Betapa sukar perjalanan dakwah dalam meninggikan kalimah Allah. Jika perjalanan yang kami lalui dengan bas berhawa dingin, di atas jalan yang berturap sudah dirasakan kelelahannya. Bagaimana pula Rasulullah yang meredah gurun pasir nan gersang. Di hiasi batu-batuan tajam menikam. Betapa perit jalan yang dilalui, betapa banyak kesulitan yang perlu dihadapi.

Pengalaman ini benar-benar mengubah dimensi kami ketika menatap buku sirah. Walaupun bumi haramain telah bertukar wajah dek kemodenan, namun aura jihad fisabilillah oleh Rasulullah dan para sahabat masih basah dalam dakapan sejarah perjuangan. Walaupun pelbagai bangunan tegak berdiri, namun Jabal Uhud tetap megah memasak bumi.

Ya Allah, kami bersyukur kerana hambaMu yang kerdil ini diberi peluang untuk menelusuri perjalanan sejarah di lantai sirah, akan kami kutip segala hikmah nubuwwah buat bekalan di sepanjang perjalanan dakwah...

Insya Allah akan saya kongsikan pengalaman sepanjang kembara ini, yang sebenarnya kembara mencari diri... Kembara mencari yang hakiki... Kembara untuk membasahkan sekeping hati...

2 comments:

الوردة الشوكية said...

Assalamu'alaikum whb kak Syifa' :)

Alhamdulillah, selamat kembali ke Tanah Air. Moga sihat setelah menempuh kembara panjang =)

Salam ukhuwwah.

Insyirah.

ummu humaira said...

Alhamdulillah, akak sihat je... Walaupun belum sampai seminggu di bumi Malaysia, tetapi kerinduan kpd tanah suci sudah membara...

Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog akak ni. Moga mendapat manfaat