03 January 2012

Asingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa? Kenapa?


Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa!
gambar dari medjournalwatch.blogspot.com


Pendidikan seks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan seks. 

Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.

Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan,  pembuangan anak,  seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil

Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga 'aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”


Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah.  Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.

Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu

I.        Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka
II.        Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
III.        Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat

Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan  pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud

Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?

Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.

Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.

Saya ingin menarik perhatian ibu bapa diluar sana tentang satu peristiwa yang saya lalui sendiri.

Pada suatu hari, seorang guru datang menemui saya.

“Kak syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas saya selalu berkelakuan yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya. Saya dah cuba untuk menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap melakukan perkara yang sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.” Cikgu Ida memulakan cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar dengan teliti.

“Kelakuan yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah berdetap kencang, namun saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu tidak menambah kerisauan yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida merupakan seorang guru yang sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di tadika, pasti akan dibawa berbincang untuk menyelesaikannya.

“Dia buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita pun rasa malu.” Cikgu Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk mungkin tidak sanggup hendak menceritakan perihal anak muridnya itu.

“Dia buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida cakap ni. Demi kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih jelas. Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya terjemahkan.

“Mmm… Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la kak…  Pelajar-pelajar perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya bimbang jika perkara ini berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya bimbang jika pelajar perempuan yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”

Saya mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada aduan beliau.
“Baru-baru ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja, kemudian tidak semena-mena dia mencium pipi seorang budak perempuan ni, pelajar-pelajar lain yang melihat kejadian ini menjerit-jerit memberitahu cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan tadi sudah menangis, mungkin terasa malu dan tidak selesa dengan kelakuan rakannya itu tadi.”

“Bila cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya terkulat-kulat memandang cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bercakap, cikgu –cikgu sudah menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari tadi. Nampaknya kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida menjelaskan kepada saya. Saya menelan air liur yang terasa pahit.

“Oh begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?” Saya bertanya lagi

“Mmm… Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”.. Ish akak, saya nak sebut pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah Cikgu Ida, malu. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak sekecil lima tahun sudah tahu perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar berulang kali.

“Berat juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan diselesaikan. Insya Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah dan bijaksana.”  Saya menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah ini secara serius.

Selepas perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak meluangkan masa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa dia menyedari dia sedang diperhati. 

Setelah beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya apabila saya bertanya : “Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di televisyen?”

Anak kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu saya sebentar lalu  beristighfar panjang.

“Kamu tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya bertanya lagi

“Bilik ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain memanggil ibu bapa berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu sendiri terkejut kerana mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur sewaktu mereka ‘bersama’.

Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya. Na’uzubillah.

Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.

Yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, apakah caranya untuk memadamkannya?

Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya.

Jangan biarkan nasi menjadi bubur,  kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal lagi.

Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta budiperketi Islam yang mulia. 

Sehingga, apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh teladan yang mulia dalam kelakuan dan akhlaknya.

Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik dalam perhubungan seks. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam otaknya

Dan betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa keinginan kepada seks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan seks serta merasa kelazatannya.

Lantaran itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai peribadi Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk mata kita di dunia dan akhirat.

Wallahua’lam

26 comments:

admin AlKhattab Batik said...

bagus.. artikel yg begitu bermanfaat


Lavender Double Layer Awning Scarf

Saya kata said...

Terima kasih,kupasandan penulisan yag baik.....

elly said...

perkara ini mmg serius n kita sbg ibu bapa perlu menerhatikan adab dan tingkahlaku kita sendiri setiap masa dan keadaan.perlakuan mesra perlu dibataskan apabila ada kehadiran anak bersama-sama.

Anonymous said...

Lama dah sy cari bhn bacaan ttg hal ini..

Jana Hazana said...

Alhamdulillah..thanks for sharing

Unknown said...

Peringatan bersama..thanks for sharing ye =)

Mohd Shubhi said...

Terima kasih berkongsikan imu ini. Ramai yang tak ambil berat perkara ini

Cik G said...

tq for sharing..nice article..Islam itu tinggi dan sempurna

Anis said...

Perkongsian yg bermanfaat..Thanks for sharing..

damiaamna said...

Vagus sangat...boleh kongsi bersama

Qider said...

subhanallah..seram sejuk fikir pasal ni..

moga-moga saya dan suami dimudahkan untuk melakukannya. terima kasih dengan artikel yang bermanfaat

Zarina said...

bukan sekadar asingkan tempat tidur dari ibu bapa, tetapi kemesraan ringan antara ibu bapa juga harus dielakkan dihadapan anak2 kerana pada mereka itu tanda kasih sayang. Mereka buat pada kawan mereka kerana mereka juga sayang kawan mereka.
Jika ada kemesraan ibu bapa dihadapan anak2.... ibu bapa harus terangkan pada anak. (tetapi agak susah nak bagi anak kecil faham) so better elakkan dihadapan mereka.

Rafiq said...

Surah An-Nur ayat 58: sejak bila "ma malakat aymanukum" ditafsir jadi "budak2 lelaki dan perempuan"?

Salah konteks! Periksa dulu baru publish. Jangan cuai dgn ayat Allah!

Assalamualaikum.

Unknown said...

Saya sudah asingkan anak tidur di bilik mereka seawal 2 tahun..mmg agak susah, kerana tgh2 mlm kita terpaksa berkejar ke bilik mereka bila mereka nangis. Namun, demi kebaikan, saya lakukan juga

Othman Draman said...

.



لسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَØ©ُ.اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ.انشـــــاءاَلل
Besnis produk kesihatan myherb2u
Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900
http://www.healthbuilders.com.my/
othmandraman@yahoo.com
http://othmandraman.blogspot.com/?m=1
http://www.dnaglobal2u.com/
http://www.iphytoscience.com/
http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php
https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u
http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM
https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA
http://radiosilaturahim.com/tembok-pemisah-israel-mesir-telah-selesai-di-bangun/
https://archive.org/details/BacaanDanTerjemahanAlQuran-MisharyAlAffasy
http://sourceforge.net/projects/quranterjemah/?source=pdlp
Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia
Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan
Kursus motivasi besnis disediakan
Stokis/pegedar diperlukan
Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan
Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
Kelas mengaji Al Quran disediakan
Welcome to Health Builders (M) Sdn.
www.healthbuilders.com.my
Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna



ayuzan said...

very good article.

pesan yang baik untuk saya yang baru bernikah untuk menjaga soal pendidikan seks bakal anak-anak.

tq. sy follow dah..

Anonymous said...

Tapi kene lihat keadaan juga ye.... macam saya....rumah saya teramat lah kecil...saya ni orang susah....rumah saya tidak mempunyai bilik...jadi kami empat beranak tidur di ruang yang sama....
Saya ada dua anak, seorang lelaki usia 9tahun & seorang perempuan usia 7tahun....
kalau dah keadaan saya macam gini, saya tak dapat nak tidur berasingan ruang dengan anak anak... :I

Jadi bagaimana?

Ummu Humaira said...

Terima kasih atas semua komen.. Alhamdulillah..

Kepada tuan/puan yang mungkin mempunyai rumah atau ruang yang kecil, bagaimana jika saya cadangkan utk buatkan sedikit tirai atau langsir utk melindungi / mengasingkan tempat tidur kita dan anak2?

Moga tuan/puan diberikan kemudahan dlm urusan ini..

Ummu Humaira said...

En rafiq,

Terjemahan tersebut saya ambil dr buku pendidikan anak2 tulisan sheikh dr nasih ulwan..

Ia bukan bermaksud budak2 lelaki atau perempuan tetapi ia bermaksud hamba (budak ialah hamba dlm bhs indonesia)

Ia bermaksud hamba sama ada lelaki atau perempuan kerana ia ditulis di dalam kurungan.

Sekian terima kasih

MAMSGARAGE said...

Perbincangan yg munasabah

Anonymous said...

en.rafiq tlg jgn cari kelemahan org je!
jgn rs diri awk tu bgus sgt ke? perkongsian yg menarik utk ibubapa.

sdiisihat dan cergas said...

As' salam...it's a good article. ..it's true memang ini la yg terjadi pada zaman sekarang sebab tidak semua orang mampu untuk memilikki rumah yang ada 2/3 bilik...tanpa sedar perkara ini kita tak ambil kesah / pandang sambil lewa...so kita kena jadi contoh kepada anak2 generasi sekarang..AllahhuAllam

Cikwa said...

Salam, mohon syer entry ini ye..tq

anieyyusoff said...

Perkongsian yg sangat bermanfaat utk ibu bapa. Zaman sekarang mungkin perkara sebegini diambil mudah oleh segelintir ibu bapa..

AYU said...

terima kasih atas ilmunya =)

Unknown said...


Sex Story

best Sex Story

Sex and Love Story



Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)



Sex Story

best Sex Story

Sex and Love Story

Sex Story


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)