25 February 2009

Follow up

Petang semalam Polimas telefon akhi untuk memohon agar dibenarkan membawa dua buah bas peserta ke Kursus Kecemerlangan Solat. Kami yang mendengarnya jadi serba salah kerana mereka bersungguh-sungguh merayu agar permintaan mereka dapat dipenuhi. Namun apakan daya, dewan yang ada sangat terhad. Maka kami terpaksa menolaknya.

Kemudian dalam masa 2-3 jam selepas itu, mereka menelefon lagi supaya kami dapat menerima lebih kurang 50 peserta dari Polimas. Akhi yang dah pening-pening terpaksa jugalah menerimanya. Saya yang berada dalam kereta bersama suami mengeluarkan pen dan buku nota mencatat bilangan peserta.

UUM : 40

IPSAH : 40

INSANIAH : 40

POLIMAS : 50

Jumlah : 170

Saya : Ya Allah bang, dah 170 ni, dewan muat 180 orang je.

Suami : Nampaknya KMK boleh hantar 10 peserta je la.

Saya : Baik abang telefon Akhi Fahmi sekarang, bagitau bilangan peserta yang boleh dihantar

Tanpa berlengah suami pun telefonlah akhi fahmi bagitau bahawa dewan dah penuh, dan tak boleh terima pendaftaran lagi. Lepas dah telefon akhi fahmi, dia menelefon Akhi Khalil yang pada awalnya nak bawa satu van pelajar SMSAH. Suami kata kalau takde peserta lagi baik. Dewan memang dah terlebih muatan.

Aduh! Rasanya inilah pertama kali program yang dibuat oleh PEMBINA Kedah terpaksa menolak hampir 100 penyertaan. Kalau sebelum ni, program yang dibuat biasanya kekurangan peserta dan kami cukup pening bila peserta yang awalnya kata nak pergi tapi bila tiba saat akhir ramai yang menarik diri. Urusetia yang bersusah payah berusaha menjayakan program tersebut pun kadang-kadang jadi lemah semangat.

Sebenarnya kebanjiran peserta berlaku sekarang ini perlulah kita renungkan semula. Jangan seronok aje... Bagi saya apa yang penting ialah "follow up" selepas program, dan apa yang perlu kita tekankan ialah tarbiyah. Kita tak mahu kita berbangga dengan ramainya peserta yang hadir ke program-program kita, tapi selepas program mereka hilang begitu sahaja. Apa yang kita inginkan ialah program-program ini menjadi platform untuk kita mengenali lebih ramai insan-insan yang berpotensi menjadi da'ie yang akhirnya akan bekerja untuk dakwah ini. Bukan sekadar hadir ke program, tetapi mereka inilah yang akan meneruskan perjuangan dakwah ini hinggalah Islam ditegakkan dalam seluruh aspek kehidupan.

Jika kita bekerja keras untuk menjayakan program ini, tetapi hakikatnya kita perlu bekerja lebih keras lagi untuk "follow up" peserta-peserta program kita. Jika tak dapat semua mungkin sebahagian daripada mereka. Mungkin selepas program cabarannya lebih besar berbanding sebelum dan semasa menjayakan program. Dan mungkin selepas program kita boleh katakan kepada ikhwah dan akhawat : "Sekarang tibalah waktu untuk bekerja."

Eh sebelum ni kita tak buat kerja lagi ke? Fikir-fikirkan, renung-renungkan...

24 February 2009

Kebanjiran...

suami : Syifa cemana ni?
saya: Cemana apa?
suami : Peserta kursus solat ni, dah berlebih-lebih peserta
saya : La... ye ke... ramai sangat ke?
suami : UUM hantar satu bas, IPSAH satu bas, POLIMAS satu bas, INSANIAH satu bas. Ish kalau KMK pun hantar satu bas, sah-sah la dewan tak muat.

Tiba-tiba mesej dari akhawat UUM sampai ke telefon saya memaklumkan bahawa peserta wanita UUM berjumlah 38 orang. Ya Allah... Nak buat cemana ni? satu bas muat 40 orang je. Pelajar lelaki yang dah berdaftar pun dan 20 orang. Jadi sekarang peserta dah jadi 58 orang dari UUM sahaja. Suami yang mula-mula membaca mesej tersebut menyuakan telefon kepada saya.

Suami : Syifa, syifa kena selesaikan masalah ni, suruh akhawat potong nama peserta dan pulangkan duit
Saya : Ish biar betul, depa dah bayar.
Suami : Tak kira! kena pulangkan jugak... Nanti kalau penuh ngan akhawat je, ikhwah nak buh kat mana? Kalau kita dapat satu bas lagi pun, masalahnya dewan boleh tampung 200 peserta je...

Ya Allah... Kursus yang pada mulanya membimbangkan kami kalau-kalau tak cukup peserta akhirnya memeningkan kami kerana terlebih peserta. Kami pun tak sangka boleh jadi macam ni. Di samping keresahan yang bertamu, namun jauh disudut hati kami amat bersyukur kerana program penggarapan masa yang pertama ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Dalam senyum, kepala saya ligat berfikir bagaimana nak menyelesaikan masalah ini, dan akhirnya dengan berat hati terpaksa jugalah saya SMS kepada Salmi minta dia potong nama peserta dan pulangkan duitnya sekali. Dia pun dengan berat hati terpaksalah bagitau kepada wakil akhawat supaya dapat kurangkan 18 peserta. Wakil-wakil siap merayu-rayu supaya tak dipotong nama peserta yang telah diberikan. Tapi apakan daya, inilah sahaja caranya bagi menyelesaikan masalah kebanjiran peserta ke program ini.

Malam tadi saya tidur dengan perasaan yang bercampur baur. Bimbang, gembira dan macam-macam lagi. Sehinggakan saya bermimpi suasana kelam kabut kursus Kecemerlangan Solat nanti. Terjaga dari tidur saya berdoa agar mimpi itu hanyalah mainan tidur.


Walau apapun, saya berharap program pertama yang merealisasikan kaedah penggarapan massa ini akan menjadi titik tolak untuk PEMBINA Kedah bergerak dengan lebih dinamik dalam memandu belia Kedah kepada Islam. Moga perjuangan ini akan terus bernyawa sehinggalah Islam ditegakkan dalam jiwa setiap individu muslim dan dalam seluruh sistem kehidupan kita.

23 February 2009

Ya Allah, tunjukilah daku

Membaca beberapa blog pagi ini membuatkan saya mula berfikir semula tentang kehidupan yang saya lalui kini. Melalui rutin yang sama setiap hari, benar-banar membosankan saya. saya mula berfikir apa yang harus saya lakukan. Namun bila ditimbang-timbang semula, mampukah saya melakukan sesuatu yang lain, sedangkan tugas-tugas yang sedia menanti pun sudah cukup melelahkan.

Kalau ikutkan hati memang saya ada beberapa perkara yang ingin saya lakukan (yang dah lama dirancang tetapi hingga sekarang belum menjadi kenyataan). Tapi mampukah saya memikul satu lagi beban yang saya cipta sendiri. Kerana jika saya sudah melangkah, maka saya tidak akan berpatah semula... Mmm sungguh ia satu keputusan yang perlu saya fikir dan renungkan implikasinya. Saya juga perlu solat istikharah dahulu agar apa jua keputusannya nanti mudah-mudahan ia akan memberi manfaat kepada orang disekeliling saya dan yang paling penting semoga akan memberi manfaat kepada Islam yang amat saya cintai.

Ya Allah, berilah petunjuk kepada hambaMu yang lemah ini. Dan jika ia baik untuk Islam, maka ku minta hidayah dariMu untuk melaksanakannya. Amin...

22 February 2009

Jalan untuk menjadi mukmin yang kuat

  1. Al-Ikhlas. Membulatkan hati bahawa apa jua yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Jika inilah niat kita, kita tidak akan dilanda rasa lemah
  2. Bebaskan diri dari pergantungan selain dari Allah. Kadang-kadang manusia banyak bergantung kepada apa jua yang ia miliki. Contohnya: ilmu, kekayaan, kecerdikan, kekuatan tubuh badan dan sebagainya. Apabila kekuatan-kekuatan ini hilang, maka dia akan merasa lemah
  3. Tidak merasa lemah dalam melaksanakan tanggungjawab. Tanggungjawab yang dipikul hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin. Jika bertemu kesulitan mintalah pertolongan Allah
  4. Rakus untuk hiaskan diri dengan kebaikan dan perkara yang bermanfaat
  5. Menjaga perkara yang difardhukan oleh Allah. Jaga yang wajib, perbanyakkan yang sunat. Amal yang disukai oleh Allah ialah amal-amal fardhu, namun tambahlah amalan sunat sehingga Allah menyintai kita
  6. Bersusah-susahlah dalam kehidup (hidup lasak). Usah manjankan diri dengan kemewahan atau kesenangan
  7. Membaca sirah para sahabat dan meneliti apa yang dilalui oleh mereka
  8. sentiasa memerhati diri kita dan alam jagat. Renunglah asal usul kita
  9. Sentiasa menghidupkan muzakarah ilmu untuk merenung keaiban diri kerana ia adalah jalan untuk melepaskan diri dari keaiban diri. Biasakanlah diri berada dalam majlis ilmu
  10. bersahabat dengan orang yang soleh. Mereka akan mengingatkan ketika lupa. Jika Allah mahukan kebaikan, Allah akan mengurniakan sahabat yang baik kepada seseorang
  11. menjauhkan diri dari apa jua bentuk maksiat atau mudharat.
  12. Riadah untuk menyihatkan badan

Izinkan kami

Rezeki yang datang tidak disangka-sangka telah menolak saya dan suami untuk bertamu di rumah Allah. Walaupun ia masih dalam perancangan, namun jauh disudut hati saya amat mengharapkan agar impian saya sejak sekian lama ini akan terlaksana.

Sebelum saya mengandungkan anak yang kedua ini (yang sekarang ini baru tujuh belas minggu di dalam kandungan) saya pernah berkata kepada suami : "kalau saya tak pregnant jugak dalam tahun ni, saya nak p umrah." Suami yang memahami gelodak jiwa saya hanya mengiyakannya.

Namun kuasa Allah mengatasi segalanya, hanya beberapa hari sahaja lagi saya akan menjalani x-ray ke atas tiup fallopian saya, saya disahkan hamil. Kesyukuran yang tidak terhingga saya rafa'kan ke hadhrat Allah kerana saya tidak perlu melalui proses yang menyakitkan itu.

Mungkin memang rezeki baby untuk pergi umrah bersama saya dan suami kali ini... dan mungkin juga kerana baby ini Allah murahkan rezeki kami. Semenjak kami nekad untuk pergi umrah, saya seringkali berdoa kepada Allah, moga Allah akan mengizinkan kami berkunjung ke baitullah dan berkunjung ke makam Rasulullah yang sangat kami rindui...

Ya Allah izinkan kami menjadi tamu di rumah Mu. Izinkan kami menjejakkan kaki ke tanah suci Mu... amin Ya Rabbal Alamin...