22 February 2016

MARAH

Dulu, semasa anak sulung masih kecil dan saya belum mendalami ilmu pendidikan anak2, seringkali saya memarahi anak kecil apabila dia melakukan kesilapan.
Pernah satu ketika, anak tertumpahkan air, lalu saya berkata kepadanya "ish.. kenapa tumpahkan air ni? Habis melekit lantai."
Ketika itu, anak di usia menghampiri dua tahun
Suami lekas menegur: "syifa, dia kan masih kecil, pegangannya belum kuat, masih belajar melakukan sesuatu dengan sempurna. Bukankah lebih baik, beritahu dia supaya pegang cawan kuat2, usah bergerak ke sana ke mari ketika minum. Sekarang ambil kain, ajak dia lap sama2. Marah tidak akan menjadikan anak lebih baik!"
Saya tersentap. Terlalu mudah saya melampiaskan marah kepada anak kecil sedangkan Rasulullah melarang orang tua memarahi anak kerana memecahkan piring kerana segala sesuatu ada ajalnya termasuklah piring.
Kadang kala kemarahan kita terhadap kesalahan2 kecil anak2, akan menyebabkan anak2 takut untuk melakukan apa jua. Takut tersalah lalu dimarah. Takut tersilap lalu disergah.
Fikir2 sebelum memarahi anak2, bimbang kita menutup banyak potensi anak untuk menjadi orang yg lebih berjaya.

LAPAR



"Ibu, lapar!" Jerit khadijah sebaik sahaja melihat kelibat saya mencarinya.
"Kenapa lapar sangat ni? Makan tak bekal yang ibu bagi tadi?" Saya bertanya kehairanan. Sepertinya tidak makan apa2 sewaktu rehat.
"Khadijah makan sikit je.." dia mengadu lagi.
"Eh kenapa tak habis bekal tu?" Berkerut dahi saya bertanya kerana banyak juga roti telur yang saya bekalkan kepada mereka pagi tadi
"Habis.. kawan khadijah yang makan banyak. Khadijah dapat sikit je la.." jelas khadijah
"Mmm ok..." saya pun tak tahu nak jawab macammana. Nak kata jangan bagi kat kawan, nanti menghilangkan sifat pemurahnya pula.
Nak suruh dia makan cepat2, nanti suburkan sifat gelojoh pula.
Akhirnya, setelah berfikir sepanjang jalan ke restoran saya mendapat idea.
"Tak mengapalah khadijah, khadijah beri kepada kawan2, khadijah dapat pahala. Insya allah esok ibu bekalkan banyak sikit makanan supaya jika berkongsi khadijah tetap akan kenyang juga."
Anak2, ikhlas sungguh mereka. Tidak fikir panjang. Tidak fikir sebab akibat atas satu2 tindakan.
Di sudut ibubapa, kita terpaksa berhati2 juga dalam mengeluarkan kata2.

kenapa anak merengek?

Antara keperluan emosi yang asas yang diperlukan oleh seorang manusia adalah PERHATIAN dan KUASA.
Bagi anak-anak kecil, apabila mereka tidak mendapat perhatian positif yang diperlukan, maka mereka akan berusaha mendapatkannya.
Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian walaupun perhatian tersebut di dalam bentuk marah, cubitan atau apa sahaja perhatian yang negatif daripada ibubapa mereka.
oleh sebab itulah, anak-anak yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya akan cenderung untuk lebih banyak merengek, meragam, menjerit, menangis dan sebagainya.

JIka anak anda sering merengek, ini adalah salah satu tanda bahawa anak anda memerlukan masa bersama anda yang lebih berkualiti. pendek kata mereka sebenarnya menginginkan perhatian anda dan anda perlu meluangkan masa untuk menyelami masalah dan perasaan mereka.

apabila anak2 kenyang dengan perhatian yang positif, mereka akan kurang merengek.smile emoticon