“Ayah, kakak malulah
dengan kawan-kawan.” Zulaikha meluahkan perasaannya ketika mereka berdua
menikmati ais kacang di kedai Kak Pah. Petang itu, sengaja si ayah membawa
anaknya ke situ setelah mengambil zulaikha dari latihan bola jaring. Kebetulan
hari panas, maka menikmati ais kacang memang satu nikmat besar.
“Malu? Malu kenapa?” Terangkat kening si ayah, bertanya
sambil merenung wajah anak tercinta.
“Kawan-kawan semua tanya sama ada kakak ada boyfriend atau tidak. Bila kakak kata tak
ada, semua ketawakan kakak… Arggghhh geram betul!” beritahu Zulaikha telus.
Memang sejak kecil, dia sudah biasa bercerita dengan ayah apa jua yang berlaku
di sekolah.
Si bapa terdiam seketika, Hashim membetulkan duduknya.
Berfikir-fikir apa respon terbaik yang perlu diberikan kepada anak sulungnya
itu. Belum sempat dia bersuara…
“Mmm… kalau kakak nak ada boyfriend boleh?” Tanya Zulaikha
Hampir-hampir tersedak si ayah mendengar, tidak sangka itu
pemintaan si anak. “Oh, dah besar anakku ini.” Getus di dalam hati.
Hashim seorang yang berpegang kepada agama. Sejak kecil si
ayah selalu menerangkan tentang halal dan haram kepada anaknya. Termasuklah tentang
batasan pergaulan lelaki dan perempuan. Tidak sangka bahawa persoalan ini akan
timbul juga daripada anak sulung kesayangnnya itu. Menjadi bapa kepada tiga
anak perempuan yang semakin meningkat remaja, ia bukan tugas mudah.
“Jadi kakak nak ada boyfriend?”
si ayah bertanya meminta perngukuhan. Menguji.
“Mmm bukan begitu maksud kakak, kakak tahu yang muslimah
tidak boleh berpacaran selagi belum akad nikah, tapi…” terhenti seketika,
merenung wajah ayah tercinta, wajahnya penuh serba salah. Mungkin zulaikha pun
tahu yang permintaan itu adalah sesuatu yang tidak wajar.
“ tapi apa sayang?” tanya si ayah apabila lama suasana
menyepi
“macam yang kakak cerita pada ayah masa mula-mula tadi lah..
supaya bila ada orang tanya kakak, kakak boleh kata yang kakak pun ada boyfriend. Itu sahaja.” Wajah zulaikha
tunduk sambil tangannya menggaul-gaul ais kacang di dalam mangkuk.
Di benak zulaikha, memang terasa bahawa permintaan itu tidak
masuk akal. Dia pun tahu bahawa ayahnya sangat mementingkan soal dosa dan
pahala. Namun, desakan sekeliling kadang-kadang menyesakkan kepala. Ketika
berpacaran menjadi kebiasaan, ketiadaan teman lelaki menjadi suatu kepelikan.
“Mmm… Kalau ayah bagi satu cadangan boleh?” Terlintas idea
di benak Hashim.
“Mmm Cadangan apa?” segera si anak memandang wajah ayahnya
“Biar ayah yang menjadi boyfriend
kamu.” Kata Hashim dengan penuh yakin. Ya biar dia yang menjadi teman lelaki
anak-anak perempuannya.
Terbeliak mata si anak.
“Ayah, jangan main-main, kakak serius ni…!” Zulaikha
bersuara minta penjelasan.
“Begini anakku, di dalam dunia ini, ayah adalah lelaki yang
paling sayangkan kakak. Ayah melidungi kakak dari kecil sampai besar. Ayah cuba
usahakan apa yang kakak inginkan. Ayah rawat kakak ketika kakak sakit. Ayah hiburkan
kakak bila kakak sedih. Ayah cari nafkah yang halal demi kakak dan adik-adik.
Ayah sanggup buat apa sahaja untuk kakak supaya kita dapat bersama hingga ke
syurga yang tertinggi. Ayah cinta dan sayangkan kakak kerana kakak adalah
zuriat pertama ayah. Ayah cinta dan sayangkan kakak kerana kakak bukti pertama
kasih sayang ibu dan ayah.”
“Jadi, ayah tidak sanggup melihat ada lelaki lain beraja di
mata dan hati kakak selain ayah. Kecuali… seorang lelaki yang betul-betul halal
buat kakak. Lelaki yang akan mengucapkan akad perjanjian menjaga kamu dengan
menjabat tangan ayah. Lelaki yang sanggup memikul amanah untuk menjaga kakak
dunia dan akhirat. Jika sekadar untuk berpacaran, maaf ayah tidak akan
benarkan.” Kata hashim tegas.
Si ayah menjelaskan dengan panjang lebar. Tidak sanggup
rasanya melihat anak yang dikasihi itu diusung ke hulu ke hilir oleh lelaki
bukan mahram. Tidak sanggup membiarkan anak yang dikasihi dan dibelai sejak
kecil itu diselubungi maksiat kepada Allash s.w.t. Dayus namanya itu!
Pada seorang ayah, keselamatan anak-anak adalah yang paling
utama, keselamatan dunia dan akhirat. Kalau boleh ke mana sahaja anak pergi
hendak diikut, namun mustahil boleh buat begitu.
Zulaikha terkedu, hampir-hampir air matanya jatuh kerana
terasa resapan kasih sayang sejati dari batang tubuh ayahnya itu. Kasih sayang yang
ikhlas, telus dan mulus. Bersyukur dia dikurniakan ayah yang sebegitu. Di dalam
hati, dia bertahmid dan berzikir memuji Allah.
“Okay, setuju!” Tercalit senyuman puas di hati Zulaikha. Sebelum
ini tidak pernah terfikir tentang perkara itu. Ya, ayah adalah boyfriend pertama dalam hidupnya sebelum
datang putera berkuda yang akan menjawab ijab dan qabul dari ayah.
Memang benar kata ayah, cinta ayah kepadanya lebih ikhlas dari lelaki-lelaki di luar sana yang hanya mahu bersuka ria. Jika benar inginkannya, sila datang bertemu dengan ayah terlebih dahulu. Biar ayah selidik orang yang bakal mendidiknya hingga ke syurga.
2 comments:
Allahu... terharu nye.. :')
Allahu akhbar. Besarnya cinta ayah kepada anak-anaknye
Post a Comment