04 December 2015

lelaki vs perempuan

Begini rupanya anak lelaki. Ralit bermain kereta berjam-jam. Hanya mencari ibu ketika sudah penat atau kehausan tetapi kereta tetap di tangan.
Berbeza dengan anak perempuan, sentiasa mahu teman di sisi. Jika hilang dari pandangan, permainan sudah tidak dilayan, akan dicari ke mana sahaja, yang penting jangan ditinggalkan keseorangan.
Lelaki dan perempuan, tabiat dan perangai berbeza. Peranan dan tanggungjawab juga berbeza.
Fitrah perempuan memang perlu sentiasa dilindungi, sebab itu hendak ke mana2 perlu ada mahram yang menemani.
Fitrah perempuan perlu dijaga, sebab itu ada lelaki yang wajib melunaskan nafkah ke atasnya.
Fitrah lelaki perlu melindungi, ditumbuhkan dalam diri sifat berani dan yakin diri
Fitrah lelaki perlu menafkahi, disuburi dalam diri sifat berdikari.
Lelaki atau perempuan, perlu dididik seiring dengan fitrah yang tersendiri

No comments: