04 December 2015

anak dan buku

Ibu: best tak buku tu kak?
Saya bertanya humaira ketika di dalam perjalanan pulang dari sekolah. Momen yang paling saya suka kerana waktu ini hanya saya dan dia di dalam kereta, kami boleh berbual apa sahaja.
Dia memandang saya dan saya mengerling ke arah buku yang berada di tangannya.
"Best! Tapi hajjaj ni jahat sangat la.. imam hanafi pula orang yang hebat. Dari kecil sudah menghafal Al-Quran." Dia memberi respon dengan mengulas sedikit isi buku yang dibaca.
Seterusnya kami berbual lagi tentang bacaannya itu.
"You are what you read." Saya mengeluarkan kata2 hikmah ini bagi menjelaskan kepadanya betapa penting kita memilih bahan bacaan.
"Mmm.. i'm what i read. Apa maksudnya?" Dia bertanya pula.
"Maksudnya, kakak akan dipengaruhi dengan apa yang kakak baca. Kalau kakak baca tentang orang-orang hebat, insya allah kakak akan termotivasi untuk menjadi orang2 yang hebat. Kalau baca buku atau majalah yang merapu, maka merapu jugalah kakak akhirnya." Saya menjelaskan secara ringkas.
"Owh.. patutlah ibu suruh kakak baca buku novel sejarah islam ni ye?" Dia membalas sambil menunjukkan buku yg sedang dipegang.
"Yup! Ibu nak cara fikir kakak adalah cara fikir yang hebat dan baik. Ibu tak mahu kakak berfikir tentang perkara2 yang tidak berfaedah. Bila kakak baca buku tokoh2 islam yang hebat yang menghafal alquran sejak kecil, ibu mahu kakak juga mahu menjadi seperti itu. Sebab itulah ibu tak bagi anak2 ibu baca majalah merapu atau surat khabar yang banyak cerita perkara negatif. Kalau banyak membaca bahan yang negatif, maka cara fikir kakak pun akan jadi negatif." Terang saya lagi.
"Memang pun, bila kakak baca imam hanafi dan sultan muhammad al fateh menghafaz al quran masa kecil lagi, aduh kakak rasa sangat jelous."
"Betullah tu you are what you read." Dia mengiyakan kata2 saya dan mengulang kembali kata2 hikmah tersebut sambil mengangguk2kan kepala.
Wahai anak, terokailah dunia ini dari buku2, kenalilah orang2 hebat dari buku2, pelajarilah sejarah dari buku, moga engkau membesar sebagai srikandi umat.

No comments: