04 December 2015

Saat ujian menyentap

Ketika ujian menyentap, engkau masih ada tuhan untuk mengharap
Teringat kisah semasa di mekah. Beberapa kali terasa tiada harapan. Lalu
ku hadapkan diri ke hadrat Allah, memohon ampun atas segala kesalahan, dimaafkan segala kesilapan.
Ku sujud dengan rasa penuh kehambaan. Ketika itu, hanya kepaNya aku memohon agar dikurniakan bantuan dan pertolongan.
Usai solat taubat, ku bermohon moga diringankan ujian, dimudahkan laluan penyelesaian.
Masya allah, tidak lama, allah memakbulkan.
Itu adalah tarbiyah paling hebat yang ku terima di tanah suci. Andai kamu sesak. Andai kamu susah. Andai kamu sempit. Allah ada untuk menghulurkan belas ihsanNya kepadamu.
Jangan pernah berputus harap kepada yang Satu. Dia menyentapmu dengan ujian kerana mahu engkau kembali merintih kepadaNya.
Mungkin juga Dia rindu mendengar pujuk rayumu yg telah lama alpa diulit nafsu.

No comments: