25 February 2009

Follow up

Petang semalam Polimas telefon akhi untuk memohon agar dibenarkan membawa dua buah bas peserta ke Kursus Kecemerlangan Solat. Kami yang mendengarnya jadi serba salah kerana mereka bersungguh-sungguh merayu agar permintaan mereka dapat dipenuhi. Namun apakan daya, dewan yang ada sangat terhad. Maka kami terpaksa menolaknya.

Kemudian dalam masa 2-3 jam selepas itu, mereka menelefon lagi supaya kami dapat menerima lebih kurang 50 peserta dari Polimas. Akhi yang dah pening-pening terpaksa jugalah menerimanya. Saya yang berada dalam kereta bersama suami mengeluarkan pen dan buku nota mencatat bilangan peserta.

UUM : 40

IPSAH : 40

INSANIAH : 40

POLIMAS : 50

Jumlah : 170

Saya : Ya Allah bang, dah 170 ni, dewan muat 180 orang je.

Suami : Nampaknya KMK boleh hantar 10 peserta je la.

Saya : Baik abang telefon Akhi Fahmi sekarang, bagitau bilangan peserta yang boleh dihantar

Tanpa berlengah suami pun telefonlah akhi fahmi bagitau bahawa dewan dah penuh, dan tak boleh terima pendaftaran lagi. Lepas dah telefon akhi fahmi, dia menelefon Akhi Khalil yang pada awalnya nak bawa satu van pelajar SMSAH. Suami kata kalau takde peserta lagi baik. Dewan memang dah terlebih muatan.

Aduh! Rasanya inilah pertama kali program yang dibuat oleh PEMBINA Kedah terpaksa menolak hampir 100 penyertaan. Kalau sebelum ni, program yang dibuat biasanya kekurangan peserta dan kami cukup pening bila peserta yang awalnya kata nak pergi tapi bila tiba saat akhir ramai yang menarik diri. Urusetia yang bersusah payah berusaha menjayakan program tersebut pun kadang-kadang jadi lemah semangat.

Sebenarnya kebanjiran peserta berlaku sekarang ini perlulah kita renungkan semula. Jangan seronok aje... Bagi saya apa yang penting ialah "follow up" selepas program, dan apa yang perlu kita tekankan ialah tarbiyah. Kita tak mahu kita berbangga dengan ramainya peserta yang hadir ke program-program kita, tapi selepas program mereka hilang begitu sahaja. Apa yang kita inginkan ialah program-program ini menjadi platform untuk kita mengenali lebih ramai insan-insan yang berpotensi menjadi da'ie yang akhirnya akan bekerja untuk dakwah ini. Bukan sekadar hadir ke program, tetapi mereka inilah yang akan meneruskan perjuangan dakwah ini hinggalah Islam ditegakkan dalam seluruh aspek kehidupan.

Jika kita bekerja keras untuk menjayakan program ini, tetapi hakikatnya kita perlu bekerja lebih keras lagi untuk "follow up" peserta-peserta program kita. Jika tak dapat semua mungkin sebahagian daripada mereka. Mungkin selepas program cabarannya lebih besar berbanding sebelum dan semasa menjayakan program. Dan mungkin selepas program kita boleh katakan kepada ikhwah dan akhawat : "Sekarang tibalah waktu untuk bekerja."

Eh sebelum ni kita tak buat kerja lagi ke? Fikir-fikirkan, renung-renungkan...

No comments: