24 February 2009

Kebanjiran...

suami : Syifa cemana ni?
saya: Cemana apa?
suami : Peserta kursus solat ni, dah berlebih-lebih peserta
saya : La... ye ke... ramai sangat ke?
suami : UUM hantar satu bas, IPSAH satu bas, POLIMAS satu bas, INSANIAH satu bas. Ish kalau KMK pun hantar satu bas, sah-sah la dewan tak muat.

Tiba-tiba mesej dari akhawat UUM sampai ke telefon saya memaklumkan bahawa peserta wanita UUM berjumlah 38 orang. Ya Allah... Nak buat cemana ni? satu bas muat 40 orang je. Pelajar lelaki yang dah berdaftar pun dan 20 orang. Jadi sekarang peserta dah jadi 58 orang dari UUM sahaja. Suami yang mula-mula membaca mesej tersebut menyuakan telefon kepada saya.

Suami : Syifa, syifa kena selesaikan masalah ni, suruh akhawat potong nama peserta dan pulangkan duit
Saya : Ish biar betul, depa dah bayar.
Suami : Tak kira! kena pulangkan jugak... Nanti kalau penuh ngan akhawat je, ikhwah nak buh kat mana? Kalau kita dapat satu bas lagi pun, masalahnya dewan boleh tampung 200 peserta je...

Ya Allah... Kursus yang pada mulanya membimbangkan kami kalau-kalau tak cukup peserta akhirnya memeningkan kami kerana terlebih peserta. Kami pun tak sangka boleh jadi macam ni. Di samping keresahan yang bertamu, namun jauh disudut hati kami amat bersyukur kerana program penggarapan masa yang pertama ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Dalam senyum, kepala saya ligat berfikir bagaimana nak menyelesaikan masalah ini, dan akhirnya dengan berat hati terpaksa jugalah saya SMS kepada Salmi minta dia potong nama peserta dan pulangkan duitnya sekali. Dia pun dengan berat hati terpaksalah bagitau kepada wakil akhawat supaya dapat kurangkan 18 peserta. Wakil-wakil siap merayu-rayu supaya tak dipotong nama peserta yang telah diberikan. Tapi apakan daya, inilah sahaja caranya bagi menyelesaikan masalah kebanjiran peserta ke program ini.

Malam tadi saya tidur dengan perasaan yang bercampur baur. Bimbang, gembira dan macam-macam lagi. Sehinggakan saya bermimpi suasana kelam kabut kursus Kecemerlangan Solat nanti. Terjaga dari tidur saya berdoa agar mimpi itu hanyalah mainan tidur.


Walau apapun, saya berharap program pertama yang merealisasikan kaedah penggarapan massa ini akan menjadi titik tolak untuk PEMBINA Kedah bergerak dengan lebih dinamik dalam memandu belia Kedah kepada Islam. Moga perjuangan ini akan terus bernyawa sehinggalah Islam ditegakkan dalam jiwa setiap individu muslim dan dalam seluruh sistem kehidupan kita.

No comments: