24 February 2010

Jadilah sang cicak pekak!

Ini sambungan cicak si Juara.

Setelah diasak dengan pelbagai pertanyaan, sang cicak tetap jua diam membisu. Maka dapat lah diketahui bahawa dia adalah seekor cicak yang pekak dan bisu. Dia tidak memdengar apa jua kata-kata penonton pertandingan tersebut.

Begitulah hidup kita di dunia ini. Dalam kita berusaha mencapai kejayaan. Ada yang menyokong, ada yang membela, ada yang mengeji malah ada juga yang bersungguh-sungguh menjatuhkan kita.

Hidup ini adalah laman untuk bercucuk tanam. Hasilnya nanti akan kita kutip di sana nanti. Oleh itu, akan ada banyak halangan dan ancaman tatkala kita berusaha mengumpul amal.

Dalam kita mencorak kejayaan, kadang kala kita perlu menjadi seperti cicak pekak. Usah terkesan dengan apa yang orang kata. Jika benar tujuan kita itu suci dan murni, maka teruskanlah usaha. Usah mengalah dengan rintangan yang menghalang. Usah goyah dengan ujian yang merentang.

Kita hanya perlu berusaha. Kerana orang yang bertawakkal itu adalah orang yang tidak berhenti usahanya.

2 comments:

Insyirah said...

Assalamu'alaikum.

Subhanallah ukhti... kata-kata yang amat terkesan buat ana. Syukran jazilan atas perkongsian ini. Barakallahu fiki :)

Ummu Humaira said...

alhamdulillah... ana pun hanya berkongsi apa yang ana dapat dari orang lain. Rasa bermakna untuk diri, maka mungkin bermanfaat untuk orang lain. Terima kasih kerana sudi menjengah blog ana yang selalu tak ter'update' ni... Jazakillah