04 December 2015

Saat ujian menyentap

Ketika ujian menyentap, engkau masih ada tuhan untuk mengharap
Teringat kisah semasa di mekah. Beberapa kali terasa tiada harapan. Lalu
ku hadapkan diri ke hadrat Allah, memohon ampun atas segala kesalahan, dimaafkan segala kesilapan.
Ku sujud dengan rasa penuh kehambaan. Ketika itu, hanya kepaNya aku memohon agar dikurniakan bantuan dan pertolongan.
Usai solat taubat, ku bermohon moga diringankan ujian, dimudahkan laluan penyelesaian.
Masya allah, tidak lama, allah memakbulkan.
Itu adalah tarbiyah paling hebat yang ku terima di tanah suci. Andai kamu sesak. Andai kamu susah. Andai kamu sempit. Allah ada untuk menghulurkan belas ihsanNya kepadamu.
Jangan pernah berputus harap kepada yang Satu. Dia menyentapmu dengan ujian kerana mahu engkau kembali merintih kepadaNya.
Mungkin juga Dia rindu mendengar pujuk rayumu yg telah lama alpa diulit nafsu.

Pahit yang manis

Dulu di awal perkahwinan, pernah beberapa kali kali kami mengira syiling utk membeli keperluan.
Pernah teragak2 membeli senduk kerana berfikir mungkin harga senduk itu diperlukan utk membeli benda lain yg lebih penting.
Hidup ini, susah senang silih berganti. Suami dan isteri saling memberi inspirasi buat meneruskan hidup yg penuh ujian dan cabaran.
Walaupun peristiwa telah berlalu sebelas tahun yang lalu. Mengenangnya kini, menjadi memori yg manis sekali.
Mengharung susah dan senang bersama. Ia akan mengeratkan kasih cinta.
Kepada anak muda, harunglah kehidupan rumahtangga dengan jiwa yg besar. Jika susah, biarlah susah bersama2, nanti kita akan tahu betapa manis kesusahan yang pernah menerpa.
Apa yang penting, si suami harus menjadi tunggak dalam melayari kehidupan rumahtangga. Jika susah, biar suami yg menggalasnya dahulu, engkau wahai isteri akan dilindung dgn segenap jerih.
Si isteri pula, tidak jemu membantu mana yg terdaya. Insya allah sampai masa Allah akan memberi kurnia dari arah yg tidak disangka2..

Q.U.D.W.A.H


sebagai seorang ibu, apa yang paling sukar dirasakan untuk menjadi ibu yang terbaik adalah untuk menjadi QUDWAH.
Kita ingin anak kita solat awal tetapi kita sendiri solat lambat.
kita nak anak kita membaca Al-Quran setiap hari, tetapi kita selalu culas membacanya.
kita ingin anak kita menjadi pengemas dan pembersih, tetapi kita selalu menyepah2 barang.
kita mahu anak kita bercakap lembut, tetapi kita selalu bercakap macam singa lapar.
kita mahu anak kita berdisiplin dan menjaga masa, tetapi pengurusan masa kita pun berterabur tahap dewa.
kita mahu anak kita menghafaz Al-Quran, tetapi kita jarang-jarang menghafaznya.
kita mahu anakkita lebih suka membaca buku berbanding menghadap smartphone, tetapi kita sendiri payah sungguh nak berenggang dengannya.
semua kita mahukan yang baik2 dari anak2 kita, tapi kita tidak pula bersungguh menjadi seperti yang kita mahukan itu.
kita suka membebel itu dan ini, sedangkan kita melakukannya saban hari.
Lalu bagaimanakah anak kita tidak keliru, kata2 dan tindakan selalu sahaja jauh berbeza bagai langit dan bumi.
Q.U.D.W.A.H, itu sepatutnya kita jadi.

resah yang pergi

Suatu hari, si isteri kelihatan resah gelisah memikirkan perniagaan yg dilanda masalah.
Senyuman yg biasa terukir, hilang bersembunyi disebalik mendung di relung hati.
Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri menungnya panjang sekali.
Sesekali nafas dihela penuh payah, menghembus berat seolah2 biarlah segala serabut terurai sehabis nafas ditarik semula.
Sang suami, melihat dengan mata hati. Dipegang tangan ditatap wajah. Ditanya apa yang boleh dibantu, dirawat keresahan dengan pelukan erat.
Pandangan bersatu namun lidah berat kelu. Suami bijak menebak, katanya usah risau abang kan sentiasa disisi mengharung segala yang teruji.
Bicaranya menyiram resah, walau belum terungkai masalah, sudah pergi sebahagian gelisah.
Sambung sang suami lagi : "buat begini dan begitu dan bla bla bla.. insya allah kusutmu akan lerai."
Di dalam hati isteri, "aduh kenapa aku terlalu emosi? Emosi tidak mungkin mampu mengeluarkan aku dr kongkongan masalah ini."

BALANCING ACT


Aktiviti mengimbangkan badan di atas 'balance beam' merupakan aktiviti yang sangat bermanfaat kepada kanak-kanak.
Aktiviti ini akan membantu
* kanak-kanak mengimbang badan
* memberi keyakinan diri kepada kanak-kanak
* Membina koordinasi mata dan kaki
* Mempelajari konsep ruang
ketika melalui sesi ini, kanak-kanak didapati sangat teruja untuk menguji kecekapan diri sendiri, walaupun pada permulaan ada yang terjatuh, tetapi setelah latihan beberapa kali, mereka sudah boleh melakukannya.
berjalan ke hadapan dan ke belakang di atas 'titi kecil' memberi cabaran baru yang menyeronokkan buat kanak-kanak.

eksplorasi rasa

"mmm sedap!"
"eeeiiiiyerk!"
"Aaaa masamnya!"
begitulah antara reaksi anak-anak apabila menjalani aktiviti mengenal rasa masam, masin, manis dan pahit.
Guru-guru menyediakan air asam jawa, gula, garam dan kopi untuk memberi peluang anak merasai sendiri perbezaan rasa-rasa tersebut. di samping itu para guru akan menerangkan jenis rasa tersebut.
Anak-anak sekitar 4-6 tahun kadang kala masih belum mengetahui tentang rasa masam, manis, masin dan pahit. Ada juga yang masih keliru.
Dengan aktiviti ini, anak-anak belajar perbendaharaan kata yang baru, berpeluang untuk bereksperimentasi dan menguji sensitiviti deria rasa.
Apa yang lucu, ada dikalangan anak-anak yang bila ditanya guru, semua yang dirasa dikatakan manis. hihihi...
Tidak mengapa anakku, kamu kan dalam proses belajar!

Matching Card membantu anak cepat membaca

Matching Card membantu anak cepat membaca
Antara asas untuk seorang kanak-kanak membaca adalah mengenal bentuk dan paten kerana huruf-huruf dari A-Z mempunyai bentuk dan paten yang berbeza.
Oleh itu, di awal sesi persekolahan, pelajar-pelajar akan diberikan berbagai permainan untuk mengasah kemahiran mereka mengenal, mengasingkan, memadankan dan mengelaskan bentuk dan paten yang berbeza.
Aktiviti ini, memberikan kemahiran asas kepada pelajar untuk membezakan bentuk-bentuk dan paten-paten tersebut.
Hasilnya, apabila diperkenalkan kepada para pelajar abjad dan nombor, mereka amat mudah untuk mengingatinya.
Maka tidak hairanlah, pelajar-pelajar dapat belajar membaca, menulis dan mengira dalam masa yang sangat pantas, sepertimana yang dikatakan oleh ibu ini:
"Tatkala pertama kali anak saya menjejakkan kaki ke tadika, anak saya hanya kenal ABC 123. Kini setelah setahun belajar di Tadika Nursyifa, anak saya mampu membaca, menulis dan mengira dengan lancar pada usia 5 tahun."
-Puan Hasniza Abdullah Sani.