"Ibu, lapar!" Jerit khadijah sebaik sahaja melihat kelibat saya mencarinya.
"Kenapa lapar sangat ni? Makan tak bekal yang ibu bagi tadi?" Saya bertanya kehairanan. Sepertinya tidak makan apa2 sewaktu rehat.
"Khadijah makan sikit je.." dia mengadu lagi.
"Eh kenapa tak habis bekal tu?" Berkerut dahi saya bertanya kerana banyak juga roti telur yang saya bekalkan kepada mereka pagi tadi
"Habis.. kawan khadijah yang makan banyak. Khadijah dapat sikit je la.." jelas khadijah
"Mmm ok..." saya pun tak tahu nak jawab macammana. Nak kata jangan bagi kat kawan, nanti menghilangkan sifat pemurahnya pula.
Nak suruh dia makan cepat2, nanti suburkan sifat gelojoh pula.
Akhirnya, setelah berfikir sepanjang jalan ke restoran saya mendapat idea.
"Tak mengapalah khadijah, khadijah beri kepada kawan2, khadijah dapat pahala. Insya allah esok ibu bekalkan banyak sikit makanan supaya jika berkongsi khadijah tetap akan kenyang juga."
Anak2, ikhlas sungguh mereka. Tidak fikir panjang. Tidak fikir sebab akibat atas satu2 tindakan.
Di sudut ibubapa, kita terpaksa berhati2 juga dalam mengeluarkan kata2.
No comments:
Post a Comment