04 December 2015

penyelesaian adalah unik

Di dalam satu2 rumahtangga, penyelesaian masalah mungkin berbeza dengan keluarga yang lain.
Sebagai contoh, seorang isteri berhenti kerja setelah mendapat anak. Penyelesaian ini mungkin sesuai kepada keluarga A tetapi tidak sesuai kepada keluarga B atas faktor2 tertentu.
Contoh lain, tinggal bersama mertua. Jika ibubapa mertua tidak sihat dan perlukan bantuan, mungkin sangat baik jika kita tinggal bersama mertua. Namun jika tinggal bersama mertua akan mendatangkan isu2 lain seperti penjagaan aurat dengan ipar atau lain2 masalah, mungkin tinggal berasingan itu lebih baik.
Jadi, jika berhadapan dengan apa jua isu dalam rumahtangga, perbincangan dengan pasangan menjadi satu keutamaan. Senaraikan baik buruknya, senaraikan juga kemungkinan isu2 yg bakal timbul. Ambillah keputusan dengan penuh hikmah dan bijaksana setelah ditimbang pro dan kontranya.
Kehidupan rumahtangga setiap orang adalah sgt unik, jadi ia perlu kepada pertimbangan yg rasional. Jangan buat keputusan kerana orang lain buat begitu. Wallahu a'lam

anak dan buku

Ibu: best tak buku tu kak?
Saya bertanya humaira ketika di dalam perjalanan pulang dari sekolah. Momen yang paling saya suka kerana waktu ini hanya saya dan dia di dalam kereta, kami boleh berbual apa sahaja.
Dia memandang saya dan saya mengerling ke arah buku yang berada di tangannya.
"Best! Tapi hajjaj ni jahat sangat la.. imam hanafi pula orang yang hebat. Dari kecil sudah menghafal Al-Quran." Dia memberi respon dengan mengulas sedikit isi buku yang dibaca.
Seterusnya kami berbual lagi tentang bacaannya itu.
"You are what you read." Saya mengeluarkan kata2 hikmah ini bagi menjelaskan kepadanya betapa penting kita memilih bahan bacaan.
"Mmm.. i'm what i read. Apa maksudnya?" Dia bertanya pula.
"Maksudnya, kakak akan dipengaruhi dengan apa yang kakak baca. Kalau kakak baca tentang orang-orang hebat, insya allah kakak akan termotivasi untuk menjadi orang2 yang hebat. Kalau baca buku atau majalah yang merapu, maka merapu jugalah kakak akhirnya." Saya menjelaskan secara ringkas.
"Owh.. patutlah ibu suruh kakak baca buku novel sejarah islam ni ye?" Dia membalas sambil menunjukkan buku yg sedang dipegang.
"Yup! Ibu nak cara fikir kakak adalah cara fikir yang hebat dan baik. Ibu tak mahu kakak berfikir tentang perkara2 yang tidak berfaedah. Bila kakak baca buku tokoh2 islam yang hebat yang menghafal alquran sejak kecil, ibu mahu kakak juga mahu menjadi seperti itu. Sebab itulah ibu tak bagi anak2 ibu baca majalah merapu atau surat khabar yang banyak cerita perkara negatif. Kalau banyak membaca bahan yang negatif, maka cara fikir kakak pun akan jadi negatif." Terang saya lagi.
"Memang pun, bila kakak baca imam hanafi dan sultan muhammad al fateh menghafaz al quran masa kecil lagi, aduh kakak rasa sangat jelous."
"Betullah tu you are what you read." Dia mengiyakan kata2 saya dan mengulang kembali kata2 hikmah tersebut sambil mengangguk2kan kepala.
Wahai anak, terokailah dunia ini dari buku2, kenalilah orang2 hebat dari buku2, pelajarilah sejarah dari buku, moga engkau membesar sebagai srikandi umat.

lelaki vs perempuan

Begini rupanya anak lelaki. Ralit bermain kereta berjam-jam. Hanya mencari ibu ketika sudah penat atau kehausan tetapi kereta tetap di tangan.
Berbeza dengan anak perempuan, sentiasa mahu teman di sisi. Jika hilang dari pandangan, permainan sudah tidak dilayan, akan dicari ke mana sahaja, yang penting jangan ditinggalkan keseorangan.
Lelaki dan perempuan, tabiat dan perangai berbeza. Peranan dan tanggungjawab juga berbeza.
Fitrah perempuan memang perlu sentiasa dilindungi, sebab itu hendak ke mana2 perlu ada mahram yang menemani.
Fitrah perempuan perlu dijaga, sebab itu ada lelaki yang wajib melunaskan nafkah ke atasnya.
Fitrah lelaki perlu melindungi, ditumbuhkan dalam diri sifat berani dan yakin diri
Fitrah lelaki perlu menafkahi, disuburi dalam diri sifat berdikari.
Lelaki atau perempuan, perlu dididik seiring dengan fitrah yang tersendiri

figura ayah

Gambar ini menunjukkan betapa figura seorang ayah sgt penting dalam rumahtangga.
Seorang ayah mesti mempunyai wibawa dalam mendisiplinkan anak2. Sudah menjadi fitrah kepada anak2 yang 'gerun' dengan keberadaan seorang ayah. Kadang kala dengan jelingan sahaja sudah boleh menggerakkan anak2 untuk mengikut arahan.
Kepincangan sosial yang berlaku di dalam kehidupan remaja sekarang mungkin berpunca dari 'hilangnya' seorang ayah dalam hidup mereka.
Ayah ada tetapi tiada. Anak2 menjadi yatim sedangkan ayah masih hidup. Apabila seorang ayah tidak berperanan dan tidak menjalankan tanggungjawab di dalam rumahtangga. Anak2 membesar dengan tidak seimbang.
Kecacatan akibat tiada sentuhan ayah di dalam diri anak2 menyebabkan anak2 mungkin menjadi gay, mencari kasih lelaki di luar sana yang menyebabkan perzinaan, anak menjadi 'lembik dan lembut' dan bermacam2 masalah lagi.
Oleh itu, saya menyeru para ayah atau bakal ayah berusaha membina wibawa dalam diri supaya menjadi contoh kepada anak2. Para ayah seharusnya menjadi wira di mata anak2 supaya mereka merasakan ada figura yang menjadi pahlawan dalam melindungi mereka.
Para ayah mesti menjadi boyfriend pertama anak2 perempuan supaya mereka tidak menagih kasih lelaki durjana yang datang entah dari mana.
Wahai para ayah, jangan biarkan anak2mu YATIM sebelum masanya!

LUNASI NAFKAH, ANDA AKAN KAYA


Perhatian buat suami dan bapa sekalian.
Tahukah anda bahawa memberi nafkah kepada isteri dan anak2 itu wajib ke atas seorang suami atau bapa?
Pengabaian nafkah kepada isteri dan anak2 bakal menghilangkan rasa hormat anak2 dan isteri kepada anda
Lama kelamaan tidak mustahil akan timbul kebencian dalam diri mereka.
Nafkah wajib anda lunaskan. Jika rasa tidak mampu, mungkin anda belum cukup berusaha keras.
Jika isterimu yang lemah itu mampu mencari pendapatan, kenapa anda yg gagah perkasa tidak mampu?
Tidak malukah pada diri sendiri apabila makan pakai anak2, isteri yang membiayai?
Jangan sampai anak isteri semakin menjauh, baru rasa nak menyesal. Menyesal pd wsktu itu sudah tidak lg berguna.
Jika anda merasakan dengan memberi nafkah anda akan menjadi miskin. Anda silap besar. Bukankah allah mengatakan bahawa jika kita memberi allah akan memberikan lebih lagi.
Berilah nafkah anda akan kaya! Mungkin tidak kaya dengan wang ringgit, tetapi anda akan kaya dengan penghormatan dan kasih sayang anak dan isteri.
Andai tidak melunasi nafkah, seolah2 anda sengaja menjatuhkan maruah anda didepan anak isteri anda.
Teguran ini mungkin agak keras, tapi saya terpaksa menulisnya kerana mendengar banyak rumahtangga yg musnah kerana tidak memberi nafkah.

Saat ujian menyentap

Ketika ujian menyentap, engkau masih ada tuhan untuk mengharap
Teringat kisah semasa di mekah. Beberapa kali terasa tiada harapan. Lalu
ku hadapkan diri ke hadrat Allah, memohon ampun atas segala kesalahan, dimaafkan segala kesilapan.
Ku sujud dengan rasa penuh kehambaan. Ketika itu, hanya kepaNya aku memohon agar dikurniakan bantuan dan pertolongan.
Usai solat taubat, ku bermohon moga diringankan ujian, dimudahkan laluan penyelesaian.
Masya allah, tidak lama, allah memakbulkan.
Itu adalah tarbiyah paling hebat yang ku terima di tanah suci. Andai kamu sesak. Andai kamu susah. Andai kamu sempit. Allah ada untuk menghulurkan belas ihsanNya kepadamu.
Jangan pernah berputus harap kepada yang Satu. Dia menyentapmu dengan ujian kerana mahu engkau kembali merintih kepadaNya.
Mungkin juga Dia rindu mendengar pujuk rayumu yg telah lama alpa diulit nafsu.

Pahit yang manis

Dulu di awal perkahwinan, pernah beberapa kali kali kami mengira syiling utk membeli keperluan.
Pernah teragak2 membeli senduk kerana berfikir mungkin harga senduk itu diperlukan utk membeli benda lain yg lebih penting.
Hidup ini, susah senang silih berganti. Suami dan isteri saling memberi inspirasi buat meneruskan hidup yg penuh ujian dan cabaran.
Walaupun peristiwa telah berlalu sebelas tahun yang lalu. Mengenangnya kini, menjadi memori yg manis sekali.
Mengharung susah dan senang bersama. Ia akan mengeratkan kasih cinta.
Kepada anak muda, harunglah kehidupan rumahtangga dengan jiwa yg besar. Jika susah, biarlah susah bersama2, nanti kita akan tahu betapa manis kesusahan yang pernah menerpa.
Apa yang penting, si suami harus menjadi tunggak dalam melayari kehidupan rumahtangga. Jika susah, biar suami yg menggalasnya dahulu, engkau wahai isteri akan dilindung dgn segenap jerih.
Si isteri pula, tidak jemu membantu mana yg terdaya. Insya allah sampai masa Allah akan memberi kurnia dari arah yg tidak disangka2..

Q.U.D.W.A.H


sebagai seorang ibu, apa yang paling sukar dirasakan untuk menjadi ibu yang terbaik adalah untuk menjadi QUDWAH.
Kita ingin anak kita solat awal tetapi kita sendiri solat lambat.
kita nak anak kita membaca Al-Quran setiap hari, tetapi kita selalu culas membacanya.
kita ingin anak kita menjadi pengemas dan pembersih, tetapi kita selalu menyepah2 barang.
kita mahu anak kita bercakap lembut, tetapi kita selalu bercakap macam singa lapar.
kita mahu anak kita berdisiplin dan menjaga masa, tetapi pengurusan masa kita pun berterabur tahap dewa.
kita mahu anak kita menghafaz Al-Quran, tetapi kita jarang-jarang menghafaznya.
kita mahu anakkita lebih suka membaca buku berbanding menghadap smartphone, tetapi kita sendiri payah sungguh nak berenggang dengannya.
semua kita mahukan yang baik2 dari anak2 kita, tapi kita tidak pula bersungguh menjadi seperti yang kita mahukan itu.
kita suka membebel itu dan ini, sedangkan kita melakukannya saban hari.
Lalu bagaimanakah anak kita tidak keliru, kata2 dan tindakan selalu sahaja jauh berbeza bagai langit dan bumi.
Q.U.D.W.A.H, itu sepatutnya kita jadi.

resah yang pergi

Suatu hari, si isteri kelihatan resah gelisah memikirkan perniagaan yg dilanda masalah.
Senyuman yg biasa terukir, hilang bersembunyi disebalik mendung di relung hati.
Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri menungnya panjang sekali.
Sesekali nafas dihela penuh payah, menghembus berat seolah2 biarlah segala serabut terurai sehabis nafas ditarik semula.
Sang suami, melihat dengan mata hati. Dipegang tangan ditatap wajah. Ditanya apa yang boleh dibantu, dirawat keresahan dengan pelukan erat.
Pandangan bersatu namun lidah berat kelu. Suami bijak menebak, katanya usah risau abang kan sentiasa disisi mengharung segala yang teruji.
Bicaranya menyiram resah, walau belum terungkai masalah, sudah pergi sebahagian gelisah.
Sambung sang suami lagi : "buat begini dan begitu dan bla bla bla.. insya allah kusutmu akan lerai."
Di dalam hati isteri, "aduh kenapa aku terlalu emosi? Emosi tidak mungkin mampu mengeluarkan aku dr kongkongan masalah ini."

BALANCING ACT


Aktiviti mengimbangkan badan di atas 'balance beam' merupakan aktiviti yang sangat bermanfaat kepada kanak-kanak.
Aktiviti ini akan membantu
* kanak-kanak mengimbang badan
* memberi keyakinan diri kepada kanak-kanak
* Membina koordinasi mata dan kaki
* Mempelajari konsep ruang
ketika melalui sesi ini, kanak-kanak didapati sangat teruja untuk menguji kecekapan diri sendiri, walaupun pada permulaan ada yang terjatuh, tetapi setelah latihan beberapa kali, mereka sudah boleh melakukannya.
berjalan ke hadapan dan ke belakang di atas 'titi kecil' memberi cabaran baru yang menyeronokkan buat kanak-kanak.

eksplorasi rasa

"mmm sedap!"
"eeeiiiiyerk!"
"Aaaa masamnya!"
begitulah antara reaksi anak-anak apabila menjalani aktiviti mengenal rasa masam, masin, manis dan pahit.
Guru-guru menyediakan air asam jawa, gula, garam dan kopi untuk memberi peluang anak merasai sendiri perbezaan rasa-rasa tersebut. di samping itu para guru akan menerangkan jenis rasa tersebut.
Anak-anak sekitar 4-6 tahun kadang kala masih belum mengetahui tentang rasa masam, manis, masin dan pahit. Ada juga yang masih keliru.
Dengan aktiviti ini, anak-anak belajar perbendaharaan kata yang baru, berpeluang untuk bereksperimentasi dan menguji sensitiviti deria rasa.
Apa yang lucu, ada dikalangan anak-anak yang bila ditanya guru, semua yang dirasa dikatakan manis. hihihi...
Tidak mengapa anakku, kamu kan dalam proses belajar!

Matching Card membantu anak cepat membaca

Matching Card membantu anak cepat membaca
Antara asas untuk seorang kanak-kanak membaca adalah mengenal bentuk dan paten kerana huruf-huruf dari A-Z mempunyai bentuk dan paten yang berbeza.
Oleh itu, di awal sesi persekolahan, pelajar-pelajar akan diberikan berbagai permainan untuk mengasah kemahiran mereka mengenal, mengasingkan, memadankan dan mengelaskan bentuk dan paten yang berbeza.
Aktiviti ini, memberikan kemahiran asas kepada pelajar untuk membezakan bentuk-bentuk dan paten-paten tersebut.
Hasilnya, apabila diperkenalkan kepada para pelajar abjad dan nombor, mereka amat mudah untuk mengingatinya.
Maka tidak hairanlah, pelajar-pelajar dapat belajar membaca, menulis dan mengira dalam masa yang sangat pantas, sepertimana yang dikatakan oleh ibu ini:
"Tatkala pertama kali anak saya menjejakkan kaki ke tadika, anak saya hanya kenal ABC 123. Kini setelah setahun belajar di Tadika Nursyifa, anak saya mampu membaca, menulis dan mengira dengan lancar pada usia 5 tahun."
-Puan Hasniza Abdullah Sani.