04 December 2015

Q.U.D.W.A.H


sebagai seorang ibu, apa yang paling sukar dirasakan untuk menjadi ibu yang terbaik adalah untuk menjadi QUDWAH.
Kita ingin anak kita solat awal tetapi kita sendiri solat lambat.
kita nak anak kita membaca Al-Quran setiap hari, tetapi kita selalu culas membacanya.
kita ingin anak kita menjadi pengemas dan pembersih, tetapi kita selalu menyepah2 barang.
kita mahu anak kita bercakap lembut, tetapi kita selalu bercakap macam singa lapar.
kita mahu anak kita berdisiplin dan menjaga masa, tetapi pengurusan masa kita pun berterabur tahap dewa.
kita mahu anak kita menghafaz Al-Quran, tetapi kita jarang-jarang menghafaznya.
kita mahu anakkita lebih suka membaca buku berbanding menghadap smartphone, tetapi kita sendiri payah sungguh nak berenggang dengannya.
semua kita mahukan yang baik2 dari anak2 kita, tapi kita tidak pula bersungguh menjadi seperti yang kita mahukan itu.
kita suka membebel itu dan ini, sedangkan kita melakukannya saban hari.
Lalu bagaimanakah anak kita tidak keliru, kata2 dan tindakan selalu sahaja jauh berbeza bagai langit dan bumi.
Q.U.D.W.A.H, itu sepatutnya kita jadi.

resah yang pergi

Suatu hari, si isteri kelihatan resah gelisah memikirkan perniagaan yg dilanda masalah.
Senyuman yg biasa terukir, hilang bersembunyi disebalik mendung di relung hati.
Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri menungnya panjang sekali.
Sesekali nafas dihela penuh payah, menghembus berat seolah2 biarlah segala serabut terurai sehabis nafas ditarik semula.
Sang suami, melihat dengan mata hati. Dipegang tangan ditatap wajah. Ditanya apa yang boleh dibantu, dirawat keresahan dengan pelukan erat.
Pandangan bersatu namun lidah berat kelu. Suami bijak menebak, katanya usah risau abang kan sentiasa disisi mengharung segala yang teruji.
Bicaranya menyiram resah, walau belum terungkai masalah, sudah pergi sebahagian gelisah.
Sambung sang suami lagi : "buat begini dan begitu dan bla bla bla.. insya allah kusutmu akan lerai."
Di dalam hati isteri, "aduh kenapa aku terlalu emosi? Emosi tidak mungkin mampu mengeluarkan aku dr kongkongan masalah ini."

BALANCING ACT


Aktiviti mengimbangkan badan di atas 'balance beam' merupakan aktiviti yang sangat bermanfaat kepada kanak-kanak.
Aktiviti ini akan membantu
* kanak-kanak mengimbang badan
* memberi keyakinan diri kepada kanak-kanak
* Membina koordinasi mata dan kaki
* Mempelajari konsep ruang
ketika melalui sesi ini, kanak-kanak didapati sangat teruja untuk menguji kecekapan diri sendiri, walaupun pada permulaan ada yang terjatuh, tetapi setelah latihan beberapa kali, mereka sudah boleh melakukannya.
berjalan ke hadapan dan ke belakang di atas 'titi kecil' memberi cabaran baru yang menyeronokkan buat kanak-kanak.

eksplorasi rasa

"mmm sedap!"
"eeeiiiiyerk!"
"Aaaa masamnya!"
begitulah antara reaksi anak-anak apabila menjalani aktiviti mengenal rasa masam, masin, manis dan pahit.
Guru-guru menyediakan air asam jawa, gula, garam dan kopi untuk memberi peluang anak merasai sendiri perbezaan rasa-rasa tersebut. di samping itu para guru akan menerangkan jenis rasa tersebut.
Anak-anak sekitar 4-6 tahun kadang kala masih belum mengetahui tentang rasa masam, manis, masin dan pahit. Ada juga yang masih keliru.
Dengan aktiviti ini, anak-anak belajar perbendaharaan kata yang baru, berpeluang untuk bereksperimentasi dan menguji sensitiviti deria rasa.
Apa yang lucu, ada dikalangan anak-anak yang bila ditanya guru, semua yang dirasa dikatakan manis. hihihi...
Tidak mengapa anakku, kamu kan dalam proses belajar!

Matching Card membantu anak cepat membaca

Matching Card membantu anak cepat membaca
Antara asas untuk seorang kanak-kanak membaca adalah mengenal bentuk dan paten kerana huruf-huruf dari A-Z mempunyai bentuk dan paten yang berbeza.
Oleh itu, di awal sesi persekolahan, pelajar-pelajar akan diberikan berbagai permainan untuk mengasah kemahiran mereka mengenal, mengasingkan, memadankan dan mengelaskan bentuk dan paten yang berbeza.
Aktiviti ini, memberikan kemahiran asas kepada pelajar untuk membezakan bentuk-bentuk dan paten-paten tersebut.
Hasilnya, apabila diperkenalkan kepada para pelajar abjad dan nombor, mereka amat mudah untuk mengingatinya.
Maka tidak hairanlah, pelajar-pelajar dapat belajar membaca, menulis dan mengira dalam masa yang sangat pantas, sepertimana yang dikatakan oleh ibu ini:
"Tatkala pertama kali anak saya menjejakkan kaki ke tadika, anak saya hanya kenal ABC 123. Kini setelah setahun belajar di Tadika Nursyifa, anak saya mampu membaca, menulis dan mengira dengan lancar pada usia 5 tahun."
-Puan Hasniza Abdullah Sani.

12 April 2015

La Taghdhob Falakal Jannah

Kisah berkenaan hadith "jangan marah"

Kisah 1
Just nak share..balik skolah td hannan sebut hadith ni..alhamdulillah dia faham tapi perbualan seterusnya membuatkan saya terharu..

Katanya "marah tu baik lah Ummi". Ummi jadi hairan. Saya bertanya "mengapa marah tu baik? Marah tu kan perangai syaitonnn (hihi)"

Hannan menjawab,"kalau ummi, abah, dan cikgu marah tak apa..tu sbb Ummi, abah, cikgu sayang..kalau tak marah nanti hannan akan selalu buat salah." 

Dia cakap cikgu yg bgtau.. alhamdulillah terima kasih cikgu, akhirnya dia dpt mesej ni walau sentiasa bgtau dia ttg hal ni

kisah 2

Dlm byk2 hadith yg dipelajari di sekolah, saya suka hadith ni sebab ia terlalu dekat dgn saya..selalu marah..huhu.. 
Sedang si kakak seronok mewarna buku.. Dtg si adik membuat kacau.sama sibok dengan si kakak..nk mewarna jugak la tu.. 

Iffat: Adik!!! Jgn kacau la.pi sana..!!

Ibu: ehhh.. Macammana hadith yg cikgu ajar tu?? Jgn marah nnt kamu masuk syurga..

Iffat: bukan marah la.. Iffat lawak2 je.. 

Hehehe.. Pandai cover pulak..

>> lepas ni bahaya kalau nak marah2 takut anak bacakan hadith ni kat ibu..<< 
Bagus hadith yg cikgu2 ajar pd anak2.. Parent pun boleh belajar sama dan apply dlm kehidupan harian..

kisah 3

Semalam, Insyirah membacakan hadis yang dihafalnya di tadika kepada ayah,
"La taghdob, fa lakal jannah" sebut Insyirah dengan pelat dan bangga.
"Hah, apa maksud dia," tanya saya, agar hadis yang dihafal diketahui juga maknanya.
"Jangan marah, tidak akan masuk syurga!" Jawab Insyirah dengan bersemangat.
"Hoi! Salah tu! Jangan marah, bagimu syurga la!" Sergah ayah, terkejut pula mendengar maksud yang bertentangan.
"Aaa'aaa laaa, shilapan lah pulaaa" Balas Insyirah sambil tersengih-sengih. Lalu berlari pergi malu tersipu-sipu dan cuba mengesahkan jawapan dengan kakak-kakaknya pula.
Insyirah, Insyirahhh, dalam pelat-pelat dia pun, dah hampir 7 hadis yang dihafaznya di tadika nursyifa. Malu juga ayah kepada dia. 
Terima kasih cikgu-cikgu semua.

11 March 2015

kisah ibu mithali #1

Ada seorang ibu, pulang dari kerja, dalam kepenatan menjemput anak dari tadika dan taska.
Anak-anak yang dihantar ke Tadika dan taska dari pagi sehingga ke petang kelihatan keletihan juga setelah seharian bersama rakan-rakan, belajar dan bermain.
Di dalam kepala si ibu, terbayang nasi dan lauk yang mesti dimasak. Kain baju yang perlu dibasuh, disidai, digosok dan dilipat. Terbayang juga rumah yang perlu dikemas sebelum suami pulang sebentar lagi kerana pagi tadi tidak sempat dikemas.
Tiba di rumah, dibuka tudung, segera ke dapur memakai apron. Anak kecil diletak ke bawah di ruang tamu, dipesan kepada kak long untuk menjaganya.
Baru sahaja mahu beraksi dengan periuk belanga, kedengaran si kecil menangis sambil merangkak ke dapur, si kakak juga datang merengek2. Menjenguk ke depan, kak long sudah lesap, pergi mandi dan solat di atas.
Si ibu meletak kembali periuk yg baru sahaja dipegang, diangkat bayi kecil itu. Anaknya yang berumur 2 tahun setengah tadi masih meneruskan nyanyian pilunya.
Si ibu memandang penuh kasih kepada anaknya yang merengek itu, "Kenapa sayang? Nak apa sayang? Lapar ke? Sekejap ye, ibu masak nasi."
Dengan menggendong sebelah dan sebelah lg digunakan untuk mengambil beras, membasuh dan memasak. Lenguh juga tangan kiri yang menggendong anak kecil itu.
Si kakak yang berusia 2 tahun setengah terus-terusan merengek.
"Kakak nak biskut?"
Geleng kepala.
"Nak susu?"
geleng juga.
rengekan sudah bertukar menjadi jeritan, mahu melepaskan rasa kerana si ibu gagal menyelami perasaan.
"Baiklah, cuba berhenti menjerit dan beritahu ibu, kakak nak apa?"
permintaan tidak dihiraukan, jeritan semakin membingit.
Jika diikutkan perasaan mahu sahaja dijerkah si anak tadi supaya berhenti merengek dan menjerit!
Namun dipujuk hati dengan doa. "Ya Allah, mohon beri kekuatan kepadaku Ya Allah"
Dipujuk lagi hatinya..
"Anak-anakku ini, telah aku hantar seharian di bawah penjagaan orang lain, maka wajarkah aku mahu mengherdik mereka?"
"Anak-anak ini, begitu sabar menerima layanan guru taska dan tadika saban hari, kenapa pula aku tidak mampu bersabar melayani karenah mereka?"
"Anak-anak ini, mungkin perlukan belaian dan perhatian dariku, kenapa aku merasa berat untuk memberikannya?"
"Anak-anak ini, hanya perlukan kasih sayang dan perhatian dariku yang seharian sibuk bekerja, mengapa aku terlalu lokek untuk menghulurkannya?"
"Ya benar, engkau penat setelah seharian keluar, tetapi apakah engkau fikir mereka tidak penat?"
Si ibu membancuh susu, dipimpin kakak yang masih merengek ke ruang tamu. Duduk di atas tikar, lalu menyusukan yang kecil, si kakak diletakkan di hujung riba, diberikan susu, diusap-usapkan kepala.
Rengekan kakak berhenti sebaik sahaja susu dimulutnya.
Selesai menyusukan bayi kecil, tetapi kakak belum lagi selesai 'tugasnya', "Kakak, ibu nak pergi masak boleh? Kakak minum susu bagi habis ok?"
Kakak menggeleng-geleng kepala. "Baiklah, ibu temankan sekejap lagi ye."
"Mungkin ini peluang Allah nak bagi aku rehat sama kot.. Aaahh nikmati sahaja.." Si ibu membisik positif kepada diri.
Si ibu, memicit-micit kaki anak, "Mungkin lenguh kaki ni, banyak main agaknya tadi."
Sedang asyik si ibu memicit kaki sambil berangan-angan hehe, tiba-tiba si kakak melompat ceria! Di cium pipi ibu, sambil berkata
:"Babai ibu, kakak nak pergi main kat luar." senyuman anaknya meleret2, puas!
Terkesima bahagia si ibu mendapat ciuman pantas itu. Hanya mampu tersenyum sambil memandang kakak yang berlari riang menuju ke arah pintu. Sekilas kelihatan senyuman yang dilemparkan si anak ketika memakai selipar.
Bayi yang tadi juga selesai 'tugas'nya, sedang sibuk mengejar mainan yang bergerak ke sana ke mari.
Si ibu berdiri penuh semangat! "Masa untuk memasak!" senyum mengulum di bibir.