Dulu, semasa anak sulung masih kecil dan saya belum mendalami ilmu pendidikan anak2, seringkali saya memarahi anak kecil apabila dia melakukan kesilapan.
Pernah satu ketika, anak tertumpahkan air, lalu saya berkata kepadanya "ish.. kenapa tumpahkan air ni? Habis melekit lantai."
Ketika itu, anak di usia menghampiri dua tahun
Suami lekas menegur: "syifa, dia kan masih kecil, pegangannya belum kuat, masih belajar melakukan sesuatu dengan sempurna. Bukankah lebih baik, beritahu dia supaya pegang cawan kuat2, usah bergerak ke sana ke mari ketika minum. Sekarang ambil kain, ajak dia lap sama2. Marah tidak akan menjadikan anak lebih baik!"
Saya tersentap. Terlalu mudah saya melampiaskan marah kepada anak kecil sedangkan Rasulullah melarang orang tua memarahi anak kerana memecahkan piring kerana segala sesuatu ada ajalnya termasuklah piring.
Kadang kala kemarahan kita terhadap kesalahan2 kecil anak2, akan menyebabkan anak2 takut untuk melakukan apa jua. Takut tersalah lalu dimarah. Takut tersilap lalu disergah.
Fikir2 sebelum memarahi anak2, bimbang kita menutup banyak potensi anak untuk menjadi orang yg lebih berjaya.