11 March 2015

kisah ibu mithali #1

Ada seorang ibu, pulang dari kerja, dalam kepenatan menjemput anak dari tadika dan taska.
Anak-anak yang dihantar ke Tadika dan taska dari pagi sehingga ke petang kelihatan keletihan juga setelah seharian bersama rakan-rakan, belajar dan bermain.
Di dalam kepala si ibu, terbayang nasi dan lauk yang mesti dimasak. Kain baju yang perlu dibasuh, disidai, digosok dan dilipat. Terbayang juga rumah yang perlu dikemas sebelum suami pulang sebentar lagi kerana pagi tadi tidak sempat dikemas.
Tiba di rumah, dibuka tudung, segera ke dapur memakai apron. Anak kecil diletak ke bawah di ruang tamu, dipesan kepada kak long untuk menjaganya.
Baru sahaja mahu beraksi dengan periuk belanga, kedengaran si kecil menangis sambil merangkak ke dapur, si kakak juga datang merengek2. Menjenguk ke depan, kak long sudah lesap, pergi mandi dan solat di atas.
Si ibu meletak kembali periuk yg baru sahaja dipegang, diangkat bayi kecil itu. Anaknya yang berumur 2 tahun setengah tadi masih meneruskan nyanyian pilunya.
Si ibu memandang penuh kasih kepada anaknya yang merengek itu, "Kenapa sayang? Nak apa sayang? Lapar ke? Sekejap ye, ibu masak nasi."
Dengan menggendong sebelah dan sebelah lg digunakan untuk mengambil beras, membasuh dan memasak. Lenguh juga tangan kiri yang menggendong anak kecil itu.
Si kakak yang berusia 2 tahun setengah terus-terusan merengek.
"Kakak nak biskut?"
Geleng kepala.
"Nak susu?"
geleng juga.
rengekan sudah bertukar menjadi jeritan, mahu melepaskan rasa kerana si ibu gagal menyelami perasaan.
"Baiklah, cuba berhenti menjerit dan beritahu ibu, kakak nak apa?"
permintaan tidak dihiraukan, jeritan semakin membingit.
Jika diikutkan perasaan mahu sahaja dijerkah si anak tadi supaya berhenti merengek dan menjerit!
Namun dipujuk hati dengan doa. "Ya Allah, mohon beri kekuatan kepadaku Ya Allah"
Dipujuk lagi hatinya..
"Anak-anakku ini, telah aku hantar seharian di bawah penjagaan orang lain, maka wajarkah aku mahu mengherdik mereka?"
"Anak-anak ini, begitu sabar menerima layanan guru taska dan tadika saban hari, kenapa pula aku tidak mampu bersabar melayani karenah mereka?"
"Anak-anak ini, mungkin perlukan belaian dan perhatian dariku, kenapa aku merasa berat untuk memberikannya?"
"Anak-anak ini, hanya perlukan kasih sayang dan perhatian dariku yang seharian sibuk bekerja, mengapa aku terlalu lokek untuk menghulurkannya?"
"Ya benar, engkau penat setelah seharian keluar, tetapi apakah engkau fikir mereka tidak penat?"
Si ibu membancuh susu, dipimpin kakak yang masih merengek ke ruang tamu. Duduk di atas tikar, lalu menyusukan yang kecil, si kakak diletakkan di hujung riba, diberikan susu, diusap-usapkan kepala.
Rengekan kakak berhenti sebaik sahaja susu dimulutnya.
Selesai menyusukan bayi kecil, tetapi kakak belum lagi selesai 'tugasnya', "Kakak, ibu nak pergi masak boleh? Kakak minum susu bagi habis ok?"
Kakak menggeleng-geleng kepala. "Baiklah, ibu temankan sekejap lagi ye."
"Mungkin ini peluang Allah nak bagi aku rehat sama kot.. Aaahh nikmati sahaja.." Si ibu membisik positif kepada diri.
Si ibu, memicit-micit kaki anak, "Mungkin lenguh kaki ni, banyak main agaknya tadi."
Sedang asyik si ibu memicit kaki sambil berangan-angan hehe, tiba-tiba si kakak melompat ceria! Di cium pipi ibu, sambil berkata
:"Babai ibu, kakak nak pergi main kat luar." senyuman anaknya meleret2, puas!
Terkesima bahagia si ibu mendapat ciuman pantas itu. Hanya mampu tersenyum sambil memandang kakak yang berlari riang menuju ke arah pintu. Sekilas kelihatan senyuman yang dilemparkan si anak ketika memakai selipar.
Bayi yang tadi juga selesai 'tugas'nya, sedang sibuk mengejar mainan yang bergerak ke sana ke mari.
Si ibu berdiri penuh semangat! "Masa untuk memasak!" senyum mengulum di bibir.

Ayah Mithali #2

Ada seorang ayah, setelah selesai tahajjud, kejutkan anak dengan penuh kasih sayang.
Dicium anak-anak, lalu berkata lembut: "kakak, kak ngah, bangun sayang.. Bangun solat subuh."
Digosok2 tubuh anak-anak, diberikan peluang anak-anak mengeliat. Diusap kepala anak-anak, perlahan2 ditarik anak-anak untuk ke bilik air.
Anak2 menurut sahaja, mudah bersiap dan tidak menangis2 ke sekolah.
Walaupun anak seusia tadika. Siap mandi, bg yg masih kecil, dibantu pakaikan baju disamping berbual2 perkara2 manis sehingga anak-anak tergelak terkekeh-kekeh.
Pagi2, keceriaan menebar dalam keluarga, si ibu tidak kelam kabut mengurus sendirian.
Masya allah, ayah yang sebegitu, bila menegur anak2, anak2 mudah menurut kerana sudah ada tautan hati yang kuat antara mereka.
Anak juga semakin tinggi hormatnya kepada wibawa seorang ayah.
Sesungguhnya pada seorang ayah, ada pengaruh yang besar ke atas anak2.
Oleh itu, para ayah sekalian perlu berperanan dengan baik dlm memandu keluarga ke jalan syurga.

05 March 2015

Kisah Suami Mithali #1

Ada seorang suami, pulang dari kerja, walaupun kepenatan tidak terus bersantai2 di atas sofa empuk.

Terus sahaja melayani isteri dan anak2. Bertanya khabar dan kisah bagaimana mereka melalui hari di sekolah atau di rumah.

Tiba2 anak kecil mengadu bahawa dia membuang air bsr di dalam lampin pakai buang, terus si ayah berkata : "jom! Kita tukar nappy!" Dengan wajah yang riang gembira.

Setelah selesai terus beredar ke dapur menghirup air yang disediakan isteri, bertanya khabar pula dgn si isteri. Lalu mengambil anak yg didukung isteri yang sedang memasak, dibawa bermain di luar.

Isteri memandang suami dengan penuh hormat, bahkan terasa ingin berkhidmat kepadanya sepenuh hati..

siapakah suami itu? 
Andalah suami itu!

What you give you get back!

Kenapa baby comel sangat?

Dalam kereta tadi,
H: ibu, kenapa baby comel sangat?
Ibu: sebab dia xde dosa
H: kenapa macam tu?
Ibu: sebab org xde dosa kan ahli syurga.. Nampak comel sbb allah campakkan rasa suka dan sayang pd hati manusia kepadanya.
Kalau kita yang dah tua2 ni dosa banyak, muka pun nampak serabut.
Sebab tu la, kalau kita nak orang suka kat kita, jgn buat dosa, ikut perintah allah, tinggalkan laranganNya..
Bila allah sayang kat kita, allah akan campakkan rasa sayang org lain kepada kita..
H: ooo macam tu 

Setiap Kebaikan adalah Sedekah

kisah seorang ibu dan anak serta sebuah hadith'
======================================
K: ibu, hari ni kak ngah dapat hafal satu hadith baru!
Ibu: Iye? Alhamdulillah.. Cuba baca ibu nak dengar.
K: Kullu ma'rufin sodaqah, setiap kebaikan itu adalah sedekah.
Ibu: Masya Allah, hebat anak ibu dapat hafal hadith baru.
K: tapi.. kak ngah nak duit, kak ngah nak sedekah, boleh?
Ibu: Sedekah bukan sekadar dengan duit kak ngah.. apa jua kebaikan yang kak Ngah buat semua dikira sebagai sedekah
Kak Long: haaaa kalau nak sedekah, senyum la banyak-banyak! Macam kakak smile emoticon
*****
K : Ibu! kak long ambil sikat kak ngah! tadi, kak ngah yang pegang dulu. huh!
Ibu: Kak ngah, kalau kita bagi orang lain dulu sikat rambut dia, baik atau tidak?
K: mestilah baik.
Ibu: Jadi, kalau kak ngah bagi kak long sikat dulu rambut dia, baik tak?
K: Mmmm baik laaa... (muka tak puas hati)
Ibu: haaa maknanya, kak ngah dah sedekah la.. macam mana hadith yang kak ngah hafal tadi? Kullu ma'rufin...?
K: Kullu makrufin sodaqah! setiap kebaikan itu sedekah! (dengan wajah yang sangat ceria dan gembira. senyuman meleret2)
Ibu: betul tu! high five! Hoyeah!!!